Tuesday, July 17, 2018

Chaplin

Menyusuri perjalanan hidup Charlie Chaplin. Filem biografi yang diterbitkan pada tahun 1992. Heo Iron Man jadi Chaplin. Di saat dia membuat penonton tertawa, dia sebenarnya menyimpan duka sejak kecil. Di belenggu kemiskinan dan kesusahan. Lebih mrmeritkan hatinya bila ibu yang disayanginya dimasukkan pusat orang gila.
Ingat, orang yang selalu menghibur dan membuat kita tertawa hidupnya suram dan kelam.


Filem biografi ini menceritakan perjalanan dan latar belakang Charlie sejak kecil hingga hari-hari tuanya. dia meniti pelbagai

Saturday, July 7, 2018

Carrie

Filem Carrie pada tahun 1976

Filem Carrie pada tahun 2013

Novel Carrie


Carrie adalah  novel pertama penulis Stephen King yang dilancarkan pada 5 April 1974 Novel  ini mengisahkan mengenai Carrietta White, seorang pelajar sekolah tinggi yang  pemalu tetapi telekinesisnya untuk membalas dendam pada orang-orang yang pernah mengganggunya, menyakiti dan akhirnya menimbulkan bencana terburuk dalam sejarah Amerika. King menyatakan novel ini "memiliki kekuatan mengejutkan untuk menyakiti dan menakuti". 
Carrie salah satu buku yang paling dilarang di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat yang menjelaskan bagaimana Carrie menghancurkan kota  dan  membalas dendam pada kawan-kawan yang mempermainkannya. Filem Carrie telah diterbitkan pada tahun 1976, kemudian ke musikal Broadway 1988, filem sekuel tahun 1999, film television tahun 2002 dan filem tahun 2013.

Novel ini dikatakan didedikasikan untuk isteri  Stephen King, Tabitha: "This is for Tabby, who got me into it – and then bailed me out of it."

Sunday, May 27, 2018

Bicara Kopi Sastera 2












Tiras R atau nama sebenarnya Siti Salbiah Raduan merupakan anak jati Johor yang dilahirkan di Pontian. Beliau mula menulis secara serius selepas menghadiri bengkel penulisan Kepezi yang diasaskan oleh Zaharah Nawawi. Sebelum itu beliau adalah penyair siber. Puisi beliau  banyak termuat dalam halaman siber terutamanya Anjung CafĂ© Poem. Selain cerpen dan sajak, beliau juga gemarkan pantun. Siti Salbiah bersekolah rendah dan menengah di beberapa buah sekolah di Batu Pahat dan Pontian. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dalam tahun 1986 (UM). Sarjana Sains Perpustakaan dalam tahun 1991 (UiTM) dan Sarjana Sains Maklumat dalam tahun 2000 (UIAM). Pernah bertugas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai Pustakawan Kanan, dan Pengarah Pengurus Ilmu di Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF), sebuah universiti yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia. Beliau merupakan ahli Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Tiras R juga seorang pengembara dan banyak berkongsi catatan pengembaraan beliau di Media sosial di Facebook.

Karya Yang Telah Diterbitkan 2000-2015

a) Cerpen Eceran
1. Penghujung (Mingguan Malaysia, 10 Jun 2001);
2. Tasawwur (Mingguan Malaysia, 12 Ogos 2001);
3. Harapan Tidak Pernah Mati (Berita Minggu, 4 November 2001);
4. KL Selepas Billerica (Mingguan Malaysia 24 Februari 2002);
5. Selumbar (Dewan Masyarakat, Februari 2003);
6. Yang Indah-indah (Dewan Sastera, September 2003);
7. Surat Fariduddin, Haruman dan Senandika (Dewan Sastera, Julai 2004);
8. Pemula Versi Milenium (Mingguan Malaysia, 26 September 2004);
9. Kidung Akarku (Mingguan Malaysia 10 Julai 2005);
10. Tujuh Di Rabung Awan (Dewan Sastera, Januari 2006);
11. Suara (Mingguan Malaysia, 6 Julai 2014);
12. Kopi Merdeka (BH Ahad, 31 Ogos 2014)
13. Perempuan Simpanan (BH 12 Julai 2015).

Kumpulan Cerpen:

1)Antologi bersama Nasi Ayam Laut Sepinggan (Utusan Pub. & Dist., 2003);
2)Antologi bersama Kepezi I dan Kepezi II (Haqaf Ent., 2004);
3)Antologi bersama Segala Yang Tercinta Ada Di sana (Utusan Pub. & Dist., 2005);
4)Antologi bersama Kalau Kita Menjadi Kayu (Utusan Pub. & Dist., 2006)

b) Puisi

1)Kumpulan Puisi; antologi bersama Graffiti Gratitude (Jakarta: Yayasan Multimedia Sastra, 2001)
Pencapaian/Anugerah 2000-2015
1) Memenangi Hadiah Sastera Utusan 2001, 2003, 2005
2) Hadiah Sastera Darul Takzim IV, 2003 dan VI, 2007 untuk kategori Cerpen Eceran.
3)Memenangi Sayembara Penulisan ITBM 2 (2015) bagi kategori Kumpulan Cerpen

Dalam Bicara Kopi Sastera yang kedua ini, Tiras R menceritakan pembabitan beliau di dalam arena penulisan. Selain itu berkongsikan tips-tips menghasilkan karya yang baik serta tidak lokek mencerita pengalaman beliau mengembara di negara-negara luar.

Saturday, December 2, 2017

Jual Novel Terpakai

Assalamualaikum

Saya mahu menjual koleksi novel terpakai bahasa Melayu dan  Inggeris. Sebuah RM 9. Jika 5 buah RM 40 sahaja dan harga pos laju RM 8. Boleh pilih-pilih. Jika berminat boleh hubungi saya di talian WhatsApp 0193914673






































Saturday, October 28, 2017

Thor: Ragnarok



Menonton Thor: Ragnarok saya lihat begitu berbeza dengan filem-filem Thor sebelum ini. Saya sendiri tertanya, ini ke filem Thor? Watak Loki pula walaupun ada muslihat namun banyak membantu Thor. Watak Hela adalah yang paling menakjubkan. Saya suka lihat dan gayanya yang seksi sewaktu menukar diri. Cate Blanchett memang  boleh pegang apa saja watak jika kita ikuti setiap filem-filem lakonannya.

Filem-fielm Thor kali ini dilihat lebih ringan dan santai serta lucu sehinggakan boleh membuatkan penonton terbahak-bahak. Malahan latar filem ini dilihat begitu warna warni dan ceria. Saya terpesona juga melihat pertarungan  Thor, Hulk, Loki dengan hela yang dilihat macam ala-ala teater muzikal yang siap ada latar muzik. Menarik sebenarnya.

Saya sukakan babak pertarungan Thor dan Hulk yang dilihatkan begitu epic sekali. Saya tak dapat bayangkan bagaimana kalau geng-geng Avengers ada sama, pasti mereka keliru mahu membantu yang mana satu atau bagaimana mahu menghentikan petarungan tersebut.


Thor: Ragnarok berbeza namun boleh di terima walaupun teruk tetapi boleh di tonton. 3/5 bintang!