Assalamualaikum
Sudah lama tidak kemaskini blog hampir dua tahun. Sibuk sedikit dengan urusan akhirat juga dunia sementara ini.
Kenapa Jumaat dan tarikh 13?
Sehinggalah saya marathon kesemua filem Friday The 13th dari tahun 1980 yang saya belum lahir hingga tahun 2009.
Jumat-13 atau Jumat ke-13 dikatakan hari yang dianggap sial dalam kepercayaan tahyul dalam kalangan masyarakat barat. Angka 13 juga ada kaitan dengan asal usul masyarakat Barat membenci angka 13 adalah peristiwa ‘The Last Supper’ atau ‘Santapan Terakhir’ yang dipercayai dalam doktrin agama Kristian di mana berlakunya pengkhianatan kepada Jesus. Jamuan santapan itu dihadiri 13 individu.
Rentetan dari pelbagai mitos masyarakat barat terhadap angka 13 makan angka ini diangkat menjadi filem yang melahirkan watak ikonik iaitu Jason Voorhees dianggap sebagai ikon untuk tarikh ini setiap kali munculnya tarikh keramat ini. Malahan topen Jason juga dijadikan kostum seram setiapkali tiba Hari Halloween.
Setelah menonton kesemua filem ini, fahamlah saya ia berbentuk pembalasan dan dendam Jason terhadap semua orang. Bagi saya, Jason kemungkinan kanak-kanak kurang upaya yang datang ke Kem Kristal bersama ibunya yang merupakan tuang masak di Kem tersebut. Jason selalu dibuli oleh kanak-kanak lain sehinggakan dia dibiarkan lemas di tasik kem tersebut. Jason mungkin dapat diseamatkan oleh ibunya dan dinyorokkan oleh ibunya, Pamela. Pembunuhan pertama dalam Friday the 13th pada tahun 1980 dibunuh oleh ibunya Pamela kerana pada tahun itu Jason masih lagi kanak-kanak tapi tidak mustahil juga, boleh jadi Jason juga membunuh atas sebab tidak keperimanusiaan terhadap dirinya.
Aku boleh layan filem francais ini sehingga filem Tommy bunuh Jason sepenuh hati sebab ibu Tommy turut mati dibunuh oleh Jason.
Selepas itu aku dah mula rasa merepek filem-filem lagenda ini. Tapi aku layan jugalah hingga habis semua siri Jason ini. Bagi saya semua angka ada maksud tersirat juga tersurat juga kepercayaan masing-masing. Terpulang. Bagi saya hari Jumaat adalah hari penghulu kepada masyarakat Islam.